Kucing Jantan Mula Kencing Merata


Setiap pemilik kucing terutamanya kucing jantan pasti akan mengalami masalah kucing kencing merata. Bau kencing kucing yang tengik atau kuat pasti akan menyebabkan hidung berasa kurang selesa. Faktor utama yang difikirkan adalah kebersihan. Ramai orang menjadikan alasan ini untuk membuang si comel dari jagaan. Kucing mula kencing merata akan menjadikan hubungan antara si pemilik dan kucing menjadi renggang.


Masalah kucing kencing merata boleh disebabkan oleh faktor natural kucing itu sendiri, kurang latihan atau masalah genitourinari (masalah salur kencing). Corak kencing dan cara kencing harus dibezakan bagi mengenalpasti masalah. Kucing akan membuang air kecil dengan duduk sedikit mencangkung dengan bahagian bontot tercecah sedikit ke arah tanah atau litter beads. Kedudukan tertonggek ini akan berubah sedikit ketika membuang air besar. Bontot akan terangkat lebih tinggi sedikit berbanding ketika membuang air kecil. (saya akan update gambar once available). Jika kucing anda "mengamalkan" kedudukan berbeza, mungkin kucing anda mengalami sedikit masalah sistem pembuangan air kencing. Dapatkan nasihat segera dari veterinar anda.

Terdapat beberapa penyebab kucing mula kencing merata:

  1. Anda perlu perhatikan litter box si comel sentiasa terjaga kebersihannya. Jika litter sand atau litter beads sudah hampir basah semuanya, atau berbau tengik yang kuat, kucing biasanya akan mencari tempat lain untuk melepas. Penting untuk menukar litter sand kucing secara berkala (baca artikel saya mengenai litter sand dan kebersihan litter box dan jangkitan toxoplasmosis)
  2. Jika anda mengalihkan litter box ke tempat baru, kucing anda juga akan cenderung untuk kencing di tempat lama atau akan mencari kawasan dalam rumah anda yang "a bit dusty". Tetapkan litter box pada satu tempat yang privacy. Kucing juga amat sensitif dengan tempat melepas mereka. Jangan letak litter box di kawasan aktiviti utama mereka atau di kawasan tempat makan. Harus terdapat kawasan-kawasan tertentu bagi si comel (lanjutkan pembacaan anda ke artikel saya yang lain mengenai kaedah membahagikan kawasan buat si comel)
  3. Kucing baru akan cenderung untuk kencing dan berak merata kerana mereka belum mempunyai orentasi terhadap keadaan persekitaran tempat baru. Latih kucing anda untuk menggunakan litter box (saya juga ada menulis artikel mengenai topik ini..hehe). Penting untuk anda membersihkan segera kawasan yang sudah terkena kencing kucing kerana si comel cenderung akan melepas di tempat yang sama jika 'bau' yang ditinggalkan masih ada (dapatkan tips membersihkan air kencing dan najis si comel di sini)
  4. Teritorial marking atau menanda kawasan adalah ciri normal bagi kucing jantan. Namun terdapat segelintir kucing betina yang akan menanda kawasan mereka dengan kaedah yang sama. Posisi kucing pada ketika ini berbeza ketika membuang air kecil secara rutin. Kucing jantan akan membelakangkan kawasan target dan ekor akan terangkat lurus ke atas. Biasanya kucing akan menghidu kawasan tersebut terlebih dahulu dan melakukan survey sedikit ke kawasan sekitar sebelum melakukan marking. (ingin saya membincangkan topik ini secara khusus dalam artikel yang lain, ikuti penulisan saya di sini)
  5. Kucing anda mungkin mengalami masalah sistem genito-urinary (masalah sistem pembuangan air kencing). Secara fisiologinya, sistem pembuangan air kencing kucing dan manusia adalah hampir serupa. Jika berlaku sebarang masalah terhadap sistem ini, kucing anda akan menunjukkan corak membuang air kencing yang abnormal. Penting untuk menganalisa warna dan bau air kencing si comel pada ketika ini dan ceritakan pada Veterinar anda. Percaya atau tidak, diet yang anda berikan kepada si comel, mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini. (ikuti post saya di sini pengalaman diet si comel)


Continue >>>

Diet Teddy & Gucci



     Pada awal kami adopt Teddy & Gucci ni makanan dua ekor ni amat lah mewah. Almaklumlah ex-papa Teddy & Gucci ni agak berada orangnya. Diet yang diberikan adalah soft diet macreal dah lupa nama jenama. Saya akan cari semula dan akan update post ini. Selain tu, Teddy & Gucci juga diberikan Royal Cannin sebagai diet tambahan.

     Waktu awal-awal tu saya dan Joshy pun survey la harga Royal Cannin ni. Pek kecil sahaja berharga dalam lingkungan RM110.00 dan pek besar dua kali ganda harga tu. So..kami batalkan lah niat untuk bagi diet ni dengan Teddy & Gucci. Tambahan, di daerah tempat saya bertugas sekarang ni, di Kota Marudu masih sukar untuk mendapatkan bekalan makanan mewah yang seumpamanya untuk pets. yang ada cuma la yang basic-basic. Pilihan yang ada setakat ini cuma, Whiskes, Friskies dan beberapa jenama sampingan yang tidak dikenali.

     Whiskes memang dikenali ramai sebagai pilihan si kucing No.1. Mungkin sebab rasanya yang sedap bagi si kucing. Nda pernah pula try sendiri, so nda tau cmna rasanya (tapi anak buah Joshy-umur 4 tahun ada makan benda ni waktu kami bawa Teddy & Gucci balik ke kampung..macam snek rangup ja dia makan..hahaha). Teddy terutamanya sangat meminati Whiskes. Kami then decided untuk tambah soft diet untuk Teddy & Gucci. Pilihan yang ada cuma Whiskes dengan 4 pilihan pelbagai perisa dan Friskies dengan pilihan Tuna Macareal. Teddy & Gucci lebih menggemari Whiskes Ocean Tuna.

     Sepatutnya, soft diet ni cuma bagi sekali atau dua kali sehari. Tapi nampkanya Teddy & Gucci menjadikan soft diet ni sebagai menu sepenuh masa. Snek memang nda sudah disentuh. Budget sehari untuk soft diet Teddy & Gucci mencapai RM8 sehari..cukup tinggi jika di multiply dengan 30 hari. So saya pun melakukan lah sedikit pembacaan dan pertanyaan di sana-sini terutama dengan Vet kami Dr. Hady. The shocking news is sebenarnya Whiskes banyak menyebabkan masalah urinary dengan feline. Kebanyakan yang datang ke klinik Dr. Hady adalah kucing yang mengambil Whiskes sebagai diet harian.    
   
     So it decided, by hook or by crook, diet Teddy & Gucci mesti ditukar. We decided to try few more diet yang dicadangkan oleh Dr. Hady. Akan tetapi masalah lain yang kami hadapai adalah coat Teddy & Gucci mudah gugur. So saya decided to go to natural. Beli ikan mentah, buka perut dan saya blend. Pilihan yang tepat bila Teddy & Gucci menggemari ikan mentah. melalui pembacaan yang saya lakukan, natural protein yang ada pada ikan mentah akan membantu untuk hold coat feline dengan lebih baik. Another problem yang saya hadapi bila bagi ikan mentah adalah zat seimbang untuk pertumbuhan Teddy & Gucci dan hair ball removal. Dengan Whiskes, masalah ini diatasi dahulunya. Sekarang saya terpakas memberikan diet kombinasi untuk dua ekor si comel ni. Saya akan ceritakan diet tambahan yang saya berikan utk Teddy & Gucci untuk perkembangan otot, tulang, coating dan hair ball prevention saya pada post akan datang.
Continue >>>

Kucing, Blog & Idea


     Idea untuk menulis blog ini bermula selepas saya mendapat 2 ekor anak angkat - gucci & teddy. 2 ekor miau yang sangat comel. Idea untuk menulis blog ni sebagai satu catatan perkembangan dua ekor miau ni di samping tips2 sebagai newbie sebagai cat's owner. Tips2 yang ada di sini di ulas berdasarkan pengalaman dan di harap dapat membantu secara step by step kepada cat's owner yang lain yang ada di luar sana melalui cara perkongsian maklumat. Enjoy the blog, enjoy the writing and do makes lots of comments. Terima kasih
Continue >>>
 

CAT AND COMPANION ♣ ♣ ♣ Free Blogger Templates ♣ ♣ ♣ Inspired: CatAndCompanion.blogspot.com
Provided By Amazing Website Template | CSS Templates | SEO Design

Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design