Diet Teddy & Gucci
Posted by
Nirza
at 12:07 PM
Pada awal kami adopt Teddy & Gucci ni makanan dua ekor ni amat lah mewah. Almaklumlah ex-papa Teddy & Gucci ni agak berada orangnya. Diet yang diberikan adalah soft diet macreal dah lupa nama jenama. Saya akan cari semula dan akan update post ini. Selain tu, Teddy & Gucci juga diberikan Royal Cannin sebagai diet tambahan.
Waktu awal-awal tu saya dan Joshy pun survey la harga Royal Cannin ni. Pek kecil sahaja berharga dalam lingkungan RM110.00 dan pek besar dua kali ganda harga tu. So..kami batalkan lah niat untuk bagi diet ni dengan Teddy & Gucci. Tambahan, di daerah tempat saya bertugas sekarang ni, di Kota Marudu masih sukar untuk mendapatkan bekalan makanan mewah yang seumpamanya untuk pets. yang ada cuma la yang basic-basic. Pilihan yang ada setakat ini cuma, Whiskes, Friskies dan beberapa jenama sampingan yang tidak dikenali.
Whiskes memang dikenali ramai sebagai pilihan si kucing No.1. Mungkin sebab rasanya yang sedap bagi si kucing. Nda pernah pula try sendiri, so nda tau cmna rasanya (tapi anak buah Joshy-umur 4 tahun ada makan benda ni waktu kami bawa Teddy & Gucci balik ke kampung..macam snek rangup ja dia makan..hahaha). Teddy terutamanya sangat meminati Whiskes. Kami then decided untuk tambah soft diet untuk Teddy & Gucci. Pilihan yang ada cuma Whiskes dengan 4 pilihan pelbagai perisa dan Friskies dengan pilihan Tuna Macareal. Teddy & Gucci lebih menggemari Whiskes Ocean Tuna.
Sepatutnya, soft diet ni cuma bagi sekali atau dua kali sehari. Tapi nampkanya Teddy & Gucci menjadikan soft diet ni sebagai menu sepenuh masa. Snek memang nda sudah disentuh. Budget sehari untuk soft diet Teddy & Gucci mencapai RM8 sehari..cukup tinggi jika di multiply dengan 30 hari. So saya pun melakukan lah sedikit pembacaan dan pertanyaan di sana-sini terutama dengan Vet kami Dr. Hady. The shocking news is sebenarnya Whiskes banyak menyebabkan masalah urinary dengan feline. Kebanyakan yang datang ke klinik Dr. Hady adalah kucing yang mengambil Whiskes sebagai diet harian.
So it decided, by hook or by crook, diet Teddy & Gucci mesti ditukar. We decided to try few more diet yang dicadangkan oleh Dr. Hady. Akan tetapi masalah lain yang kami hadapai adalah coat Teddy & Gucci mudah gugur. So saya decided to go to natural. Beli ikan mentah, buka perut dan saya blend. Pilihan yang tepat bila Teddy & Gucci menggemari ikan mentah. melalui pembacaan yang saya lakukan, natural protein yang ada pada ikan mentah akan membantu untuk hold coat feline dengan lebih baik. Another problem yang saya hadapi bila bagi ikan mentah adalah zat seimbang untuk pertumbuhan Teddy & Gucci dan hair ball removal. Dengan Whiskes, masalah ini diatasi dahulunya. Sekarang saya terpakas memberikan diet kombinasi untuk dua ekor si comel ni. Saya akan ceritakan diet tambahan yang saya berikan utk Teddy & Gucci untuk perkembangan otot, tulang, coating dan hair ball prevention saya pada post akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment